Kempen Internet Selamat (KIS) di SRI Al-Ehya Asshariff
17 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 16 Oktober yang lalu, NADI telah menjalankan Kempen Internet Selamat (KIS) bersama warga SRI Al-Ehya Asshariff. Seramai 152 orang pelajar menyertai sesi yang berlangsung dalam suasana ceria dan penuh interaksi.
Melalui pelbagai aktiviti kumpulan yang menarik, para pelajar belajar tentang had umur penggunaan media sosial, bahaya kandungan tidak sesuai, serta kesan penggunaan media sosial secara berlebihan. Setiap kumpulan begitu bersemangat dan kreatif ketika berkongsi pandangan mereka.
Program ini turut menerima maklum balas positif daripada para guru, manakala pelajar pula kelihatan seronok dan teruja kerana dapat mempelajari topik penting ini dengan pendekatan yang santai.
NADI mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah atas kerjasama yang diberikan. Diharapkan program sebegini dapat terus membimbing pelajar agar lebih bijak dan beretika dalam dunia digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: