dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Semanggol, Perak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Kampong Selamat

10 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Oktober yang lalu, NADI berpeluang mengadakan Kempen Internet Selamat (KIS) bersama murid-murid SK Kampong Selamat. Seramai 39 orang pelajar terlibat dalam sesi kali ini yang dijalankan secara santai dan interaktif.

Melalui aktiviti berkumpulan, para pelajar didedahkan dengan topik seperti had umur penggunaan media sosial, bahaya kandungan tidak sesuai, serta kesan penggunaan media sosial secara berlebihan. Setiap kumpulan menunjukkan semangat dan idea yang menarik semasa berkongsi pandangan mereka!

Guru-guru turut memberikan maklum balas positif terhadap pendekatan yang digunakan, manakala murid-murid pula sangat teruja kerana dapat belajar sesuatu yang baharu dengan cara yang menyeronokkan.

Terima kasih kepada pihak sekolah atas kerjasama dan sambutan yang mesra. Semoga pendedahan seperti ini dapat membantu pelajar menggunakan internet dengan lebih bijak dan beretika.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - Semua Hakcipta Terpelihara.