Saringan Kesihatan Sempena Program Mengacau Bubur Asyura
20 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19 Julai yang lalu, staf NADI berpeluang bersama-sama komuniti Taman Sri Pongsu dalam program Mengacau Bubur Asyura anjuran Group Jiran Muafakat. Meriah dengan semangat gotong-royong dan ukhwah penduduk taman!
Sambil bubur dimasak beramai-ramai untuk diagihkan kepada seluruh penduduk, kami turut menjalankan saringan kesihatan seperti bacaan gula dalam darah, tekanan darah dan BMI. Tujuannya tak lain tak bukan, untuk bantu memantau tahap kesihatan komuniti kita.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat! Keep it up, Taman Sri Pongsu!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: