dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Semanggol, Perak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kempen Internet Selamat di Maahad Al-Ehya Asshariff

4 Disember 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Disember yang lalu, NADI Gunung Semanggol Bersama NADI Kluster Kerian telah berjaya mengadakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) di Maahad Al-Ehya Asshariff. Program dimulakan dengan taklimat perkhidmatan NADI, diikuti Taklimat Kempen Internet Selamat di bawah modul Kawalan Kendiri dan Pemikiran Kritis Untuk Remaja.

Pelajar juga turut bersama-sama di dalam beberapa aktiviti interaktif yang dijalankan bagi meningkatkan kefahaman mereka, disusuli sesi soal jawab kuiz yang berlangsung dengan penuh keterlibatan.

Pihak NADI juga turut mengadakan Kaunter Saringan Kesihatan dan Kaunter MyDigital ID kepada guru-guru dan kakitangan sekolah.

Seterusnya, penyerahan sijil jalinan kerjasama kepada pihak sekolah telah disempurnakan sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama warga sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - Semua Hakcipta Terpelihara.