Program Fasih Digital Bersama Prasekolah SRI Al-Ehya Asshariff
19 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 18 Disember 2024, NADI Gunung Semanggol telah dijemput untuk mengadakan Program Fasih Digital kepada para pelajar prasekolah Sekolah Rendah Islam A-Ehya Asshariff. Diantara pengisian yang dijalankan pada program tersebut adalah pengenalan kepada perkakasan komputer serta kegunaannya. Seramai 50 orang pelajar telah menyertai taklimat ini yang melibatkan 2 kelas prasekolah.
Disamping mengadakan taklimat digital kepada para pelajar, pihak NADI juga turut mengadakan taklimat Safe & Shield berkenaan buli siber. Staf NADI juga mengadakan aktiviti kuiz serta lembaran kerja kepada para pelajar.
Pihak NADI Gunung Semanggol amat berbesar hati di atas jemputan oleh pihak sekolah bagi sama-sama berkongsi maklumat berkenaan nadi dan taklimat kesedaran kepada pelajar. Semoga jemputan sebegini dapat dijadikan program ulangan oleh pihak sekolah di mana ianya akan memberi pengalaman berharga kepada semua pelajar dan warga sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: