Booth Pendaftaran Ahli NADI Sempena Hari Keusahawanan SK Gunung Semanggol
15 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 14 Disember 2024, NADI Gunung Semanggol dan NADI Kluster Kerian telah diberi kesempatan oleh pihak SK Gunung Semanggol untuk mengadakan booth pameran sempena Hari Keusahawanan. Peluang ini diambil sebaik mungkin oleh pihak NADI untuk membuat pendaftaran ahli kepada semua pengunjung.
NADI juga telah memberi sedikit penerangan berkenaan perkhidmatan pintar NADI kepada pengunjung yang hadir ke booth pameran. NADI juga telah didekati oleh beberapa agensi dan juga pihak sekolah dari serata Kerian yang turut sama berminat dengan perkhidmatan yang dijalankan oleh NADI.
Pihak NADI Kerian amat berbesar hati dengan jemputan yang diberi oleh pihak sekolah serta sokongan yang turut diberikan oleh semua. Kami amat berbangga kerana turut menerima jemputan dari pihak lain yang berminat untuk menjemput NADI bagi mengadakan taklimat berkenaan perkhidmatan NADI. Terima kasih kepada semua!.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: