dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Semanggol, Perak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Bersama Komuniti PEDi Gunung Semanggol: Merdeka @ Komuniti Sambutan Hari Malaysia

10 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 9 September 2022, Pusat Ekonomi Digital Gunung Semanggol telah mengadakan program bersama komuniti sekitar Gunung Semanggol. Program ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Penerangan, Majlis Belia Daerah Kerian dan Pertubuhan Kebudayaan Masyarakat Banjar Perak. Program yang bertempat di perkarangan PEDi Gunung Semanggol ini bertujuan mempromosi dan memperkenalkan PEDi beserta kemudahan dan khidmat yang disediakan kepada tetamu yang hadir.

Aktiviti utama yang diadakan adalah gotong-royong memasak dan mengedar makanan tradisi masyarakat Banjar: Wadai Kepeng. Serentak dengan gotong-royong, aktiviti mewarna, kuiz kenegaraan dan pembukaan gerai makanan juga telah diadakan disertai kanak-kanak, belia dan orang dewasa dari komuniti di sini. Pelbagai hadiah menarik disediakan bagi pemenang-pemenang pertandingan.

Majlis penutup dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Kerian Encik Nazirul bin Jamaluddin diikuti nyanyian lagu patriotik dan kibaran Jalur Gemilang sempena bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Berakhir dengan sesi edaran Wadai Kepeng kepada komuniti dan pengguna jalan raya, program ini telah berjaya menghebahkan lagi keberadaan dan fungsi PEDi kepada orang ramai dan berjaya mendapatkan sejumlah besar pendaftaran ahli baru di PEDi Gunung Semanggol ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - Semua Hakcipta Terpelihara.