dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Semanggol, Perak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program ICT Media Sosial bersama JAIPk daerah Kerian

22 Disember 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 20 & 21 Disember 2017, PI Gunung Semanggol telah mengadakan program asas ICT media sosial. Peserta-peserta yang hadir merupakan kakitangan dari JAIPk daerah Kerian yang rata-ratanya merupakan guru-guru Kafa, Imam Masjid dan dan pegawai-pegawai agama. Objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan minat terhadap ICT dalam kalangan pegawai-pegawai agama, AJK Masjid/Surau, Imam/Bilal, Guru Agama, Guru Takmir dan Guru KAFA di sekitar daerah Kerian.

Program ini juga menggalakkan peserta untuk menyebarkan dakwah dalam media sosial serta memantapkan ilmu dan kemahiran peserta dalam mentadbir pengurusan melalui penggunaan ICT. Antara modul yang disampaikan ialah daftar e-mail(gmail), daftar facebook group @ page, membina blog/website dan juga Instagram. Dalam pengakhiran program ini diharapkan setiap peserta dapat mewujudkan page / blog mereka untuk menyampaikan serba sedikit pengetahuan berkenaan agama kepada orang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - Semua Hakcipta Terpelihara.